Jenis Nombor Plate ‘Lepas’ Roadblock JPJ 2024

Jenis Nombor Plate ‘Lepas’ Roadblock JPJ

Dunia permotoran dan modifikasi di Malaysia semakin rancak. Tidak kisahlah lelaki atau pun perempuan, semua pemilik kenderaan semestinya mahu mencantikkan kenderaan masing-masing. Tapi ada satu jenis modifikasi yang sering buat pemilik kenderaan keliru iaitu jenis nombor plate kenderaan.

Tahukah anda pihak berkuasa telah pun menetapkan undang-undang bagi jenis nombor plate kenderaan yang boleh digunapakai di atas jalanraya di Malaysia.

Undang-undang ini diperkenalkan adalah untuk memudahkan mengenalpasti nombor pada plate kenderaan anda. Tidaklah pihak berkuasa keliru jika berlaku keadaan kecemasan yang memerlukan nombor plate kenderaan anda.

Undang-undang penetapan jenis plate nombor telah pun termaktub dalam Akta Nombor Pendaftaran Kenderaan dinyatakan dalam Kaedah 5, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959.

Jenis Nombor Plate 'Lepas' Roadblock JPJ
Akta Pengangkutan Jalan 1987

3 Jenis Nombor Plate Menurut JPJ

1.Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai hitam.

2. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan , PBB dan International Natural Rubber Association.

3. Huruf dan nombor berwarna hitam yang di’embossed’ atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.

TENGAH TRENDING:—————————
PADU – 5 Fakta Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Daftar

Ukuran Nombor Plate Kenderaan Menurut JPJ

Ukuran nombor plat kenderaan adalah mengikut jenis kenderaan yang anda bawa. Ukuran nombor plat adalah berbeza mengikut jenis kenderaan dan negeri.

TENGAH TRENDING:—————————
Duit Lesap Selepas Daftar PADU ? Ini Penjelasannya!

Setiap kenderaan hendaklah mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan kerajaan. Sekiranya anda gagal untuk mematuhi anda boleh dikenakan tindakan dibawahSeksyen 14(4) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu, individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih daripada RM3,000.

Jenis Nombor Plate Yang Tidak Mematuhi Undang-Undang Jalanraya

1. Fancy – Nombor plate yang menggunakan jenis tulisan yang terlalu kecik/besar serta berbunga-bunga sehingga menimbulkan kekeliruan.

2. Huruf dan nombor terlalu rapat – Nombor plate dan huruf terlalu rapat yang membentuk seperti satu perkataan

3. Berlampu – modifikasi seperti ini juga dapat mengelirukan pihak berkuasa

IKUTI TELEGRAM RASMI : https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.