Kenapa Perlu Daftar PADU? Ini Sebab Serta Kepentingannya!

March 21, 2024 by Admin Kerjaya
Kenapa Perlu Daftar PADU? Ini Sebab Serta Kepentingannya!

Kenapa Perlu Daftar PADU? Ini Sebab Serta Kepentingannya!

PADU adalah sebuah sistem pangkalan data yang mengumpulkan profil individu dan isi rumah.

Sistem ini mengitegrasi pelbagai sumber dan dikemas kini dan semasa ke semasa untuk tujuan memastikan insentif kerajaan terutama subsidi dapat disalurkan kepada individu yang benar-benar layak dan memerlukan.

Pada awal pengenalan sistem, pelbagai pendapat dan reaksi telah diperolehi. Antaranya isu keselamatan dan integrasi data, selain akauntabiliti dan etika individu. Ini menuntut agar pihak berwajib melihat semula sistem ini jika ia sesuai digunakan selagi mana isu berkenaan tidak diselesaikan segera.

Melihat kepada inisiatif kerajaan yang telah diberikan sejak dahulu lagi, inisiatif diberikan tanpa mengira latar belakang sosioekonomi contohnya seperti subsidi yang dinikmati oleh semua masyarakat.

Pemberian subsidi ini dikhuatiri menyebabkan jurang sosioekonomi rakyat semakin melebar apabila penyaluran subsidi tidak mengikut konsep kesaksamaan.

Dalam konteks ini, inisiatif seperti subsidi diberikan keutamaan kepada mereka yang layak terutamanya dalam golongan B40 dan M40. Golongan T20 juga berhak untuk menikmati pemberian memandangkan menjadi pembayar cukai.

Justeru itu, Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) diperkenalkan.

Namun begitu, masih ramai yang tertanya-tanya kenapa perlu daftar PADU? , apakah kepentingannya? Dan apa yang akan terjadi sekiranya tidak mendaftar PADU? Di sini kami kongsikan.

Kenapa Perlu Daftar PADU? Ini 7 Manfaatnya!

1. Menambah baik pengurusan bantuan dan subsidi secara bersasar.

Ini termasuklah pelaksanaan subsidi ke atas petrol, diesel, elektrik dan tol.

PADU akan dijadikan sebagai sumber rujukan berpusat yang menentukan kumpulan sasar yang layak menerima bantuan dan subsidi serta mengurangkan ralat kemasukan (inclusion) dan pengecualian (exclusion) sekaligus meminimumkan keciciran dan ketidaktepatan kumpukan sasar.

2. Memantapkan pengurusan bencana dan krisis.

Lokasi dan profil individu yang terkesan akibat bencana dapat dikenalpasti dan dianalisis menerusi sistem PADU. Ini menjadikan penyaluran bantuan lebih cekap.

Contoh terbaik adalah negara Korea Selatan dalam menangani krisis pandemik. Penggunaan teknologi dan data inovatif membolehkan mereka mempercepatkan pengesanan, pemantauan dan pengurusan krisis.

Lebih 100 Ribu Orang Berkumpul Di Channel Telegram Kami Untuk Mendapatkan Info Semasa 2024. Join Sekarang!

3. Menangani isu ketidaksepadanan pekerjaan dan pendidikan.

Dengan membuat semakan, pengemaskinian maklumat di Portal PADU, maklumat seperti pendapatan, pendidikan, pekerjaan dan geografi akan menjadi inpu analisis kerajaan bagi mengenalpasti individu yang mengalami isu ketidaksepadanan pekerjaan.

Ini meliputi ketidaksepadanan mengenak (tahap pendidikan), melintang (ketidakpadanan kursus / bidang pekerjaan) dan geografi (lokasi / negeri / mukim).

Maklumat ini akan digunakan dalam pembentukan dasar sumber manusia dan program intervensi pasaran buruh yang lebih efisien, seiring dengan kerangka Ekonomi MADANI.

4. Mempersiapkan negara bagi menghadapi penduduk menua.

Malaysia kini, peringkat masyarakatnya adalah 7.4 peratus penduduk menua.

Melalui sistem ini, pembentukan dasar kependudukan yang optimum dari segi keselamatan sosial dan pencen, merancang perkhidmatan penjagaan kesihatan bersesuaian dengan keperluan, seterusnya mencipta program atau latihan meningkat kemahiran pekerja sekaligus dapat meningkatkan pembabitan warga emas dalam pasaran buruh.

5. Menjadi input mengenalpasti dan mengatasi kesenjangan jaringan perlindungan sosial masyarat.

Statistik menunjukkan lebih 40 peratus penduduk bekerja Malaysia tidak dilindungi daripada sebarang musibah pekerjaan jika dibandingkan dengan 16.3 juta penduduk bekerja.

Begitu juga dengan isu ketidakcukupan simpanan wang persaraan yang berada pada tahap serius apabila 6.3 juta ahli di bawah usia 55 tahun atau 48 peratus daripada keseluruhan pencarum mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000 setakat 30 September 2023.

Melalui PADU, sistem perlindungan sosial rakyat dapat dikukuhkan.

6. Berpotensi menyokong pengurusan belanjawan lebih strategik menerusi pengurusan subsidi dan bantuan lebih bersasar.

Dalam Belanjawan 2023, sebanyak 74.8 peratus bajet mengurus yang mana 22.1 peratus daripadanya diperuntukkan untuk subsidi dan bantuan sosial.

Melalui pelaksanaan subsidi dan bantuan bersasar, penjimatan perbelanjaan dapat diperolehi.

7. Pemangkin kepada Kerajaan Digital

Melalui penggunaan data dan analitik, PADU akan mengemudi transformasi digital kerajaan yang lebih bermaklumat, bermanfaat serta berkesan sebagai salah satu e-khidmat kerajaan merangkumi:

  • Menyelaras perkhidmatan dengan lebih teratur, holistik dan mempunyai impak signifikan kepada kumpulan sasar. Ini mendorong kerajaan ke arah pembangunan dan usaha kemapanan lebih baik bagi meningkatkan kualiti taraf hidup.
  • Menangani cabaran membangunkan negara ke arah lebih baik seperti mengurangkan penyebaran penyakit, menangani perubahan iklim dan lain-lain.

Cara Membuat Pendaftaran

Pendaftaran boleh dibuat di Portal Rasmi Sistem Pangkalan Data Utama iaitu https://padu.gov.my/

Berikut adalah 3 langkah mudah untuk membuat pendaftaran PADU: (Rujuk gambar di bawah)

Manfaat Dan Kepentingan Membuat Pendaftaran PADU ~ Pendaftaran Dibuka Sehingga 31 Mac 2024
Manfaat Dan Kepentingan Membuat Pendaftaran PADU ~ Pendaftaran Dibuka Sehingga 31 Mac 2024
Manfaat Dan Kepentingan Membuat Pendaftaran PADU ~ Pendaftaran Dibuka Sehingga 31 Mac 2024

Maklumat penuh cara untuk membuat pendaftaran dan pengemaskinian maklumat di Sistem Pangkalan Data Utama boleh rujuk DI SINI

Sekiranya ketika membuat pengesahan identiti gagal, anda hanya perlu ikuti 3 langkah ini DI SINI

Tempoh Pendaftaran

Pendaftaran dibuka bermula 3 Januari sehingga 31 Mac 2024.

Untuk penjawat awam, diminta untuk membuat kemaskini maklumat selewat-lewatnya pada 15 Februari 2024.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Sistem Pangkalan Data Utama.

SUMBER : NADI BANGI UKM (PADU JAMIN 7 MANFAAT BUAT RAKYAT)

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Categories Semakan Online Tags daftar padu 2024 online, how to register padu, kemas kini padu, Kepentingan PADU, Manfaat PADU, PADU, padu bantuan kerajaan, padu login, padu official website, PADU untuk apa
KWSP FSA2 : Pengeluaran RM50,000 Bersyarat
Bonus Setengah Bulan Gaji Sempena Perayaan Tahun 2024
  • Discover the Exciting Features of the Khelostar App
  • Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Tahun 2024 : Minima SPM Layak Memohon
  • Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) 2024 ~ Minima SPM Layak Memohon
  • Jawatan Kosong Jabatan Kerja Raya JKR~ 23 Kekosongan Ambilan September 2024 Kelayakan SPM
  • Cara Renew Passport Secara Online Tahun 2024
  • Jawatan Kosong Jabatan Peguam Negara~ 168 Kekosongan Ambilan September 2024
  • STR Fasa 4 : Tarikh & Jumlah Bayaran
  • Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia KKM~ 51 Kekosongan Ambilan September 2024
  • Permohonan Bantuan Suri Rumah 2024 : Cara Mohon Serta Syarat Kelayakan
© 2025 - Blog Rojak
  • Bantuan Kerajaan
  • Semakan Online
    • Jawatan Kerajaan
    • Kerja Swasta
  • Iklan Bersama Kami