Manfaat Dan Kepentingan Membuat Pendaftaran PADU ~ Pendaftaran Dibuka Sehingga 31 Mac 2024

Manfaat Dan Kepentingan Membuat Pendaftaran PADU ~ Pendaftaran Dibuka Sehingga 31 Mac 2024

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah sebuah pangkalan data yang selamat dan komprehensif ke arah pendigitalan dan penghasilan analitik yang tepat.

PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas. Maklumat profil ini akan dikemaskini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

Melalui ekosistem ini, rakyat boleh membuat semakan dan pengemaskinian maklumat secara terus dalam sistem PADU

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU)

Untuk pengetahuan anda, PADU adalah berlainan dengan ID Digital Nasional (IDN).

PADU adalah pangkalan data yang mengandungi maklumat individu manakala IDN adalah pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu untuk melaksanakan urusan dalam talian.

Baca Juga: KWSP FSA2 : Pengeluaran RM50,000 Bersyarat

Manfaat Dan Kepentingan Membuat Pendaftaran PADU ~ Pendaftaran Dibuka Sehingga 31 Mac 2024

Objektif & Matlamat

Berikut adalah objektif pengenalan Sistem Pangkalan Data Utama:

  • Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala.
  • Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
  • Membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.

Maklumat penubuhannya adalah untuk:

  • Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
  • Mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad.
  • Memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
  • Merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.
Manfaat Dan Kepentingan Membuat Pendaftaran PADU ~ Pendaftaran Dibuka Sehingga 31 Mac 2024

Kepentingan Daftar PADU

Dengan mendaftar dan membuat kemaskini dalam Sistem Pangkalan Data Utama, anda dapat memastikan yang anda tidak akan tercicir daripada menerima bantuan, subsidi bersasar atau perlindungan sosial sekiranya layak.

Tempoh 3 bulan pengemaskinian maklumat dalam Fasa 1 membolehkan kerajaan untuk memproses data berkenaan bagi menentukan kelayakan individu berdasarkan jenis bantuan Kerajaan.

Walaupun anda sekarang tidak memerlukan sebarang bantuan daripada kerajaan, adalah digalakkan untuk mendaftar dan membuat kemaskini bagi memastikan tiada berlakunya keciciran daripada mendapatkan manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan kelak.

Cara Membuat Pendaftaran

Pendaftaran boleh dibuat di Portal Rasmi Sistem Pangkalan Data Utama iaitu https://padu.gov.my/

Berikut adalah 3 langkah mudah untuk membuat pendaftaran PADU: (Rujuk gambar di bawah)

Manfaat Dan Kepentingan Membuat Pendaftaran PADU ~ Pendaftaran Dibuka Sehingga 31 Mac 2024
Manfaat Dan Kepentingan Membuat Pendaftaran PADU ~ Pendaftaran Dibuka Sehingga 31 Mac 2024
Manfaat Dan Kepentingan Membuat Pendaftaran PADU ~ Pendaftaran Dibuka Sehingga 31 Mac 2024

Maklumat penuh cara untuk membuat pendaftaran dan pengemaskinian maklumat di Sistem Pangkalan Data Utama boleh rujuk DI SINI

Sekiranya ketika membuat pengesahan identiti gagal, anda hanya perlu ikuti 3 langkah ini DI SINI

Tempoh Pendaftaran

Pendaftaran dibuka bermula 3 Januari sehingga 31 Mac 2024.

Untuk penjawat awam, diminta untuk membuat kemaskini maklumat selewat-lewatnya pada 15 Februari 2024.

Duit Lesap Selepas Daftar PADU? Ini Penjelasannya!

Terdahulu tular sebuah mesej di aplikasi Facebook dan Whatsapp berkaitan seorang guru kehilangan duit dari akaun bank selepas membuat pendaftaran PADU.

Selepas semakan dibuat, tiada sebarang laporan polis dibuat dan tiada aduan berkaitan isu tersebut di dalam Sistem Aduan Kerajaan (SISPAA).

Mesej tersebut adalah tidak benar yang sengaja untuk menghasut rakyat daripada membuat pendaftaran.

Info Penuh rujuk DI SINI

Manfaat Dan Kepentingan Membuat Pendaftaran PADU ~ Pendaftaran Dibuka Sehingga 31 Mac 2024

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Sistem Pangkalan Data Utama.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.